Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 10, 2010

sejarah dan perspektif dari satu ruang


PENGAJARAN SEJARAH SECARA MODEN: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ‘INQUIRY’

Isi kandungan jurnal

Jurnal ini membincangkan tentang kaedah pengajaran melalui pengajaran dan pembelajaran berbentuk ’inquiry’. Dari istilahnya kita sendiri sudah maklum tentang perasaan ingin tahu yang perlu dibangkitkan guru. Pengajaran sejarah moden kini perlu berkaitan dengan kehidupan dan lebih bermakna jika kita dapat menyelesai masalah seharian. Sebagai seorang guru sejarah kita perlu bersedia memberikan pelajar – pelajar pengetahuan , kebolehan, kemahiran dan sikap. Pengajaran sejarah ini perlukan pendekatan yang disusuli dengan keperluan semasa agar pembelajaran yang diterima pelajar lebih berkesan. Keperluan masyarakat dan keperluan pengajaran perlu dipenuhi demi memastikan pelajar mendapat manfaatnya dari pengajaran yang guru lakukan. Kebolehan dan kemahiran untuk zaman kehidupan moden bincangkan dalam jurnal ini termasuk kebolehan dan kemahiran yang berkait dengan pengajaran sejarah turut disertakan. Jurnal ini sangat baik untuk guru dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran. Pendekatan-pendekatan yang digunakan dapat membantu guru mendekati pelajar. Pembelajaran ’inquiry’ ini sangat menarik untuk digunakan dan ada kena-mengenanya dengan pembelajaran expository. Penekanan sesuatu isi pelajaran sebagai satu matlamatnya berbanding pembelajaran ’inquiry’ menggalakkan pelajar mencari dan menentukan satu maslah yang dikaji dan memberi idea mengenai penyelesaian masalah tersebut. Dalam dua pendekatan ini guru perlu bijak memainkan peranan demi menarik pelajar untuk minat belajar dan terus berusaha ke arah kejayaan.

Kejelasan jurnal.

Jurnal ini telah menerangkan tentang pengajaran dan pembelajaran ’inquiry’ secar jelasnya. Penerangan yang yang dibuat oleh penulis agak teratur dengan dimulakan dengan kebolehan dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang guru. Jurnal menyediakan kebolehan untuk menghadapi zaman moden dan perkara yang berkait dengan pengajaran sejarah. Cabaran zaman moden yang yang dihadapi guru-guru kini lebih agresif. Ledakan dunia pengetahuan boleh didapati dengan mudah dan ini ditambahkan dengan propaganda dan prasangka yang banyak mengelirukan manusia zaman moden ini. Dalam jurnal ini juga realiti pengajaran Sejarah matapelajaran yang membosankan perlu diubah. Guru perlu menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan mula menyukai matapelajaran Sejarah yang ada pelbagai perkara berguna di dalamnya. Penjelasan pendek mengenai pengajaran Inquiry sememang padat dan berpusatkan pelajar . Istilah Inggeris yang digunakan itu diterangkan dengan jelas. Guru perlu membantu memilih bahan-bahan pengajaran dan menambah pengetahuan agar pengajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bukan setakat pengajaran ’inquiry’ tetapi pengajaran berdasarkan ’expository’ diterangkan . Jurnal ini memberi panduan kepada guru tentang strategi yang perlu dijalankan untuk menggunakan ’inquiry’ mahupun ’expository’. Kepelbagaian strategi yang ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan kefahaman akan dibina dengan mudah. Panduan ini berguna kerana guru boleh menambah idea baru dalam strategi ini dan dapat menarik minat pelajar secara keseluruhannya. Walaupun pengajaran yang memerlukan penglibatan pelajar perlu cara yang sesuai dan ada rintangannya tetapi jurnal ini memberi semangat untuk menggunakannya .

Bersifat analitikal

Jurnal ini sememangnya analitikal. Berfikir secara analitikal adalah suatu kemahiran memberi analisis terhadap kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-akibat berlakunya sesuatu. Bila berlaku sesuatu kejadian, kisah dan peristiwa, krisis dan malapetaka, kejayaan dan kecemerlangan, ia menuntut adanya analisis. Pengunaan pendekatan pelajaran yang dicadangkan memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi bagi seorang guru. Ini dilihat daripada perkara yang perlu dinilai setiap kali melakukan aktiviti pengajaran dan analisis tentang kefahaman pelajar di akhir setiap sesi pengajaran Setiap strategi yang dijalankan memerlukan cara yang teratur dan berjalan lancar menarik perhatian pelajar. Perancangan perlu dijalankan dengan teliti untuk menimbulkan pemahaman pelajar. Penyoalan di akhir sesi pengajaran penting untuk memastikan kefahaman betul-betul tepat. Kekuatan teknik ini dengan menyediakan pelajar itu sendiri menyelongkar isi pelajaran dan pemahaman akan menjadi lagi jelas.

Kebolehpercayaan jurnal

Melihat dari dalam jurnal guru-guru boleh menggunakan apa yang terkandung di dalam jurnal ini sebagai satu panduan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ’inquiry’ yang sama ertinya dengan menanyakan, meminta keterangan dan tepatnya menyelidik. Penerangan jelas dilihat dari apakah ’inquiry’ itu dan peranan plajar yang mnecari sendiri pengetahuan sambil dipantau oleh guru dalam menjadi arkitek mendapat ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran ini adalah satu kaedah baru bukannya seperti zaman tradisional dahulu iaitu berdasarkan syarahan guru semata-mata. Contoh susunan strategi pengajaran ’Inquiry’ membolehkan guru menjana idea-idea yang mantap dalam melaksanakan pengajaran. Penggunaan bahan sebenar seperti jadual atau gambarajah yang dicari sendiri pelajar memberi kesan untuk mengetahui isi pelajaran yng disampaikan guru sepenuhnya. Antara contohnya ialah dalam tajuk perusahaan getah di Malaysia,pelajar-pelajar mencari sendiri bahan yang berkaitan dengan getah. Guru memberi panduan dan pelajar sendiri mencari penyelesaian atas perkara yang dikemukakan atas bantuan bahan yang dicari.

Kelemahan

Jurnal ini perlu memotivasikan para guru sejarah agar sentiasa menggunakan pengajaran dan pembelajaran gaya ini. Mempraktikkan pengajaran ’Inquiry’ ini perlu demi meransang minda pelajar ke arah pendidikan berterusan ke tahap tertinggi. Sikap guru yang malas perlu ditegur agar pembaharuan dalam cara mengajar berlaku seiring dengan kemajuan teknologi di dunia ini. Banyak kelebihan menggunkan teknik pengajaran yang terdapat dalam jurnal ini. Dalam jurnal ini juga hanya ada dua buku sahaja sebagai bibliografi dan ini adalah kelemahan yang sangat jelas. Buku ini sebenarnya jika jumlahnya ditambah di dalam bibliografi menarik minat pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ransangan melalui jurnal ini telah dimulakan.

Kesimpulan

Dalam meneliti jurnal ini pelbagai perkara dapat disimpulkan iaitu mengenai pengajaran yang perlu satu cara yang menarik demi kefahaman para pelajar. Guru wajib mencari idea baru yang bernas dan kreatif dalam melakukan pengajaran di dalam kelas. Strategi yang digunakan perlu diperhatikan hasilnya. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar ataupun guru masing-masing ada kekuatan tersendiri.Bagi seorang guru kepelbagaian cara pengajaran mengikut cara masing-masing sebenarnya mempunyai satu tujuan iaitu pengajaran itu berkesan atau pun tidak.

No comments:

Post a Comment