Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 13, 2010











Kelab Kereta Lama mengganas di Dataran Nilai.. 12/12/2010.
Pelbagai pengalaman menarik sepanjang perjumpaan telah berlangsung di Dataran Nilai dan kawasan sekitarnya. Perjumpaaan ini telah dihadiri oleh dua kelab iaitu KKL dan OS. Sebenarnya ini adalah satu aktiviti sihat bertukar-tukar idea tentang kereta retro masing-masing dan mengerat ikatan silaturrahim antara kedua-dua ahli kelab. Aktiviti berkumpul yang bermula pada pukul 3 petang telah berlangsung di Dataran Nilai. Konvoi yang datang dari R&R Serdang telah tersekat seketika kerana salah seorang ahli konvoi keretanya mengalami masalah teknikal yang akhirnya boleh dibaiki. Perjumpaan diakhiri dengan aktiviti TT dan sesi bergambar antara ahli KKL dan OS [Drift di Dataran Nilai 1 termasuk dalam aktiviti sampingan]

Thursday, November 11, 2010

gelisah + risau


Tiba-tiba SPH ingin menulis satu perkara yang agak unik bagi dua ekor anak kucing jantan dan betina yang sangat-sangat unik. Apabila salah seekor anak kucing ini hilang[selalunya yang jantan] yang betina akan gelisah tidak tentu hala kerana merisaukan pasangannya yang hilang itu. Mulalah anak kucing tersebut mengeluarkan bunyi bising tanda kehilangan dan datang dekat dengan tuannya untuk menyuruh mencari pasangannya. perkara ini amat menyentuh hati SPH kerana seekor kucing tahu akan erti kehilangan dan kesunyian. Bagi kita seorang manusia peristiwa ini memberi erti yang sagat mendalam kerana SPH sendiri amat tersentuh dengan apa yang terjadi pada diri SPH sendiri. Akibat dari satu salah faham kecil sehingga kini masih tiada berita dari orang yang terlibat dalam perbalahan bersama SPH. Adakah SPH bersama-sama individu tersebut sangat ego sehinggakan tidak mampu mengalah. Sebenarnya SPH tidaklah ego melangit. Jangan ego tersebut dicabar dan diungkit hingga menyebabkan SPH membuat keputusan di luar jangkaan

Sunday, October 10, 2010

jangan tak baca haaa..........


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

sejarah dan perspektif dari satu ruang


PENGAJARAN SEJARAH SECARA MODEN: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ‘INQUIRY’

Isi kandungan jurnal

Jurnal ini membincangkan tentang kaedah pengajaran melalui pengajaran dan pembelajaran berbentuk ’inquiry’. Dari istilahnya kita sendiri sudah maklum tentang perasaan ingin tahu yang perlu dibangkitkan guru. Pengajaran sejarah moden kini perlu berkaitan dengan kehidupan dan lebih bermakna jika kita dapat menyelesai masalah seharian. Sebagai seorang guru sejarah kita perlu bersedia memberikan pelajar – pelajar pengetahuan , kebolehan, kemahiran dan sikap. Pengajaran sejarah ini perlukan pendekatan yang disusuli dengan keperluan semasa agar pembelajaran yang diterima pelajar lebih berkesan. Keperluan masyarakat dan keperluan pengajaran perlu dipenuhi demi memastikan pelajar mendapat manfaatnya dari pengajaran yang guru lakukan. Kebolehan dan kemahiran untuk zaman kehidupan moden bincangkan dalam jurnal ini termasuk kebolehan dan kemahiran yang berkait dengan pengajaran sejarah turut disertakan. Jurnal ini sangat baik untuk guru dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran. Pendekatan-pendekatan yang digunakan dapat membantu guru mendekati pelajar. Pembelajaran ’inquiry’ ini sangat menarik untuk digunakan dan ada kena-mengenanya dengan pembelajaran expository. Penekanan sesuatu isi pelajaran sebagai satu matlamatnya berbanding pembelajaran ’inquiry’ menggalakkan pelajar mencari dan menentukan satu maslah yang dikaji dan memberi idea mengenai penyelesaian masalah tersebut. Dalam dua pendekatan ini guru perlu bijak memainkan peranan demi menarik pelajar untuk minat belajar dan terus berusaha ke arah kejayaan.

Kejelasan jurnal.

Jurnal ini telah menerangkan tentang pengajaran dan pembelajaran ’inquiry’ secar jelasnya. Penerangan yang yang dibuat oleh penulis agak teratur dengan dimulakan dengan kebolehan dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang guru. Jurnal menyediakan kebolehan untuk menghadapi zaman moden dan perkara yang berkait dengan pengajaran sejarah. Cabaran zaman moden yang yang dihadapi guru-guru kini lebih agresif. Ledakan dunia pengetahuan boleh didapati dengan mudah dan ini ditambahkan dengan propaganda dan prasangka yang banyak mengelirukan manusia zaman moden ini. Dalam jurnal ini juga realiti pengajaran Sejarah matapelajaran yang membosankan perlu diubah. Guru perlu menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan mula menyukai matapelajaran Sejarah yang ada pelbagai perkara berguna di dalamnya. Penjelasan pendek mengenai pengajaran Inquiry sememang padat dan berpusatkan pelajar . Istilah Inggeris yang digunakan itu diterangkan dengan jelas. Guru perlu membantu memilih bahan-bahan pengajaran dan menambah pengetahuan agar pengajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bukan setakat pengajaran ’inquiry’ tetapi pengajaran berdasarkan ’expository’ diterangkan . Jurnal ini memberi panduan kepada guru tentang strategi yang perlu dijalankan untuk menggunakan ’inquiry’ mahupun ’expository’. Kepelbagaian strategi yang ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan kefahaman akan dibina dengan mudah. Panduan ini berguna kerana guru boleh menambah idea baru dalam strategi ini dan dapat menarik minat pelajar secara keseluruhannya. Walaupun pengajaran yang memerlukan penglibatan pelajar perlu cara yang sesuai dan ada rintangannya tetapi jurnal ini memberi semangat untuk menggunakannya .

Bersifat analitikal

Jurnal ini sememangnya analitikal. Berfikir secara analitikal adalah suatu kemahiran memberi analisis terhadap kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-akibat berlakunya sesuatu. Bila berlaku sesuatu kejadian, kisah dan peristiwa, krisis dan malapetaka, kejayaan dan kecemerlangan, ia menuntut adanya analisis. Pengunaan pendekatan pelajaran yang dicadangkan memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi bagi seorang guru. Ini dilihat daripada perkara yang perlu dinilai setiap kali melakukan aktiviti pengajaran dan analisis tentang kefahaman pelajar di akhir setiap sesi pengajaran Setiap strategi yang dijalankan memerlukan cara yang teratur dan berjalan lancar menarik perhatian pelajar. Perancangan perlu dijalankan dengan teliti untuk menimbulkan pemahaman pelajar. Penyoalan di akhir sesi pengajaran penting untuk memastikan kefahaman betul-betul tepat. Kekuatan teknik ini dengan menyediakan pelajar itu sendiri menyelongkar isi pelajaran dan pemahaman akan menjadi lagi jelas.

Kebolehpercayaan jurnal

Melihat dari dalam jurnal guru-guru boleh menggunakan apa yang terkandung di dalam jurnal ini sebagai satu panduan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ’inquiry’ yang sama ertinya dengan menanyakan, meminta keterangan dan tepatnya menyelidik. Penerangan jelas dilihat dari apakah ’inquiry’ itu dan peranan plajar yang mnecari sendiri pengetahuan sambil dipantau oleh guru dalam menjadi arkitek mendapat ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran ini adalah satu kaedah baru bukannya seperti zaman tradisional dahulu iaitu berdasarkan syarahan guru semata-mata. Contoh susunan strategi pengajaran ’Inquiry’ membolehkan guru menjana idea-idea yang mantap dalam melaksanakan pengajaran. Penggunaan bahan sebenar seperti jadual atau gambarajah yang dicari sendiri pelajar memberi kesan untuk mengetahui isi pelajaran yng disampaikan guru sepenuhnya. Antara contohnya ialah dalam tajuk perusahaan getah di Malaysia,pelajar-pelajar mencari sendiri bahan yang berkaitan dengan getah. Guru memberi panduan dan pelajar sendiri mencari penyelesaian atas perkara yang dikemukakan atas bantuan bahan yang dicari.

Kelemahan

Jurnal ini perlu memotivasikan para guru sejarah agar sentiasa menggunakan pengajaran dan pembelajaran gaya ini. Mempraktikkan pengajaran ’Inquiry’ ini perlu demi meransang minda pelajar ke arah pendidikan berterusan ke tahap tertinggi. Sikap guru yang malas perlu ditegur agar pembaharuan dalam cara mengajar berlaku seiring dengan kemajuan teknologi di dunia ini. Banyak kelebihan menggunkan teknik pengajaran yang terdapat dalam jurnal ini. Dalam jurnal ini juga hanya ada dua buku sahaja sebagai bibliografi dan ini adalah kelemahan yang sangat jelas. Buku ini sebenarnya jika jumlahnya ditambah di dalam bibliografi menarik minat pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ransangan melalui jurnal ini telah dimulakan.

Kesimpulan

Dalam meneliti jurnal ini pelbagai perkara dapat disimpulkan iaitu mengenai pengajaran yang perlu satu cara yang menarik demi kefahaman para pelajar. Guru wajib mencari idea baru yang bernas dan kreatif dalam melakukan pengajaran di dalam kelas. Strategi yang digunakan perlu diperhatikan hasilnya. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar ataupun guru masing-masing ada kekuatan tersendiri.Bagi seorang guru kepelbagaian cara pengajaran mengikut cara masing-masing sebenarnya mempunyai satu tujuan iaitu pengajaran itu berkesan atau pun tidak.

Thursday, March 11, 2010


Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah

-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN

-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.

-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA

-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil

-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya

-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain

-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya

Saturday, March 6, 2010

renungan dari satu sudut


SPH kali ini ingin becerita tentang kenapa ramai orang zaman sekarang berkahwin awal ada diantaranya pada awal 20an lagi. Pelik tapi benar kerana ini adalah satu trend zaman P.Ramlee dibawa kembali ke zaman Millenium ini. Bukan penceritaan ini untuk menghalang mana pihak untuk membina masjid tetapi ada satu punca yang perlu kita ketahui dengan lanjut. Sebelum itu, ramai rakan seperjuangan, senior sekolah mahupun junior SPH telah mendirikan rumah tangga. kalau nak dikira ramai sangat sampai tak larat nak pergi jemputan. apabila jodoh telah sampai tiada dapt menghalang. Itu adalah apa yang ditentukan oleh tuhan yang maha mengetahui apa yang direncanakannya. Perlu diingatkan pada yang teruna,lelaki, arjuna dan macam-macam lagi untuk lelaki tanggungjawab menanti apabila sesuatu masjid itu telah dibina. Kalau hendak anak dara makcik yang sentiasa menunggu di rumah perlulah ada keupayaan dari zahir dan batinnya. Bukan senang nak sara hidup anak dara orang . Duit kat poket kena lebat. Payung mesti kembang. cinta tak cukup nak beri makan anak dara orang. Teman wanita makan nasi bukan boleh sumbat biskut tiap-tiap hari. Persefahaman perlu ada dan jangan asyik nak bertengkar dan terus menegakkan pendapat masing-masing. Kalau sebelah pihak salah sebelah peihak lagi belum tentu betulnya. Jadikan teman hidup anda yang dikahwini itu dekat dengan hati dan itu adalah tulang rusuk yang telah hilang dan diketemukan oleh Allah. Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga jangan ada hubungan disebalik sana disebalik sini. Kena terjah tak dapek acik nak tolong ekau.. kalau pergi mahkamah syariah nanti malu besar dan sendiri kena tanggung. Tahun 2009 yang lepas dan tahun ini 2010 begitu ramai memilih dua tahun ini untuk berkahwin akibat dari pemanasan Global yang berlaku dalam bahasa penjajahnya [global Warming] . Semua pasangan kini sudah takut tidak dapat kahwin dan risau akibat terpengaruh dengan cerita yang hangat tiba-tiba di panggungwayang seluruh negara iaitu filem 2012 . Filem ini kisah pasal kiamat. Macam-macam kan? SPH mula fikir dan teruskan fikir tentang kesahihannya tetapi biarlah perkara initerus difikirkan. Siapa nak kahwin silakan dan jangan lambat-lambat . Carilah kekasih halal untuk menjadi teman seumur hidup dan hingga ke akhir hayat.

Saturday, February 13, 2010


Kali ini Suara Penjuru Hati telah pergi lagi ke negeri yang penuh adat iaitu Negeri mana lagi kalau bukan Negeri Sembilan. Lokasi pilihan adalah Kuala Pilah hanya sejam perjalanan dari Ibu Negeri Sembilan iaitu Bandar Seremban. Perjalanan yang begitu mencabar mengharungi kesesakan lalu lintas ke Kuala Pilah telah mengingatkan SPH kepada kuatnya adat di Kuala Pilah kerana kesemua anak jatinya balik ke kampung halaman kerana kebetulannya pada keesokan harinya adalah Tahun Baru Cina. Kesempatan ini diambil warga kota untuk pulang menziarahi keluarga yang sekian lama tidak berjumpa. Matlamat dan sasaran utama SPH ke Kuala Pilah sebenarnya ingin berjumpa dengan pelopor tersohor sejenis kebudayaan yang terkenal di Negeri Sembilan ini iaitu "Bongai". Setelah mengharungi kesesakan, sampai lah jua ke kawasan Tanjung Ipoh di Kuala Pilah dan seterusnya ke rumah tokoh yang dimaksudkan. Pencarian akhirnya membuahkan hasil dan berjaya bertemu dengan Pak Din yang telah menjadi pelopor terkenal Bongai ini. Setelah hampir sejam menemuramah akhirnya segala persoalan kini telah terungkai kerana dalam memartabatkan budaya ini pelbagai rintangan dan dugaan untuk berjaya harus ditempuhi. Semua pihak perlu telus dalam menjalankan tugas masing-masing bukannya melepaskan kentut masing-masing tanpa segan silu apabila melihat orang leka dengan hal mereka yang tersendiri. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak yang berwajib perlu berlaku adil dan tidak mengambil hak orang lain mengikut suka dan sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah seperti dah berak tepi jalan sape nak mengaku beb!! Bangang la mengaku kan? Golongan pelopor budaya ini perlukan pembelaan dan bukan senang untuk menjaga budaya ini hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Kadang-kadang jangan tak pernah fikir masalah orang lain nanti diri sendiri bawa masalah.

Tuesday, February 9, 2010


She is Not

I saw her ,
With a splendid impression,
That silent my emerging question,
Her smile glows with shine,
My heart uttered she is nice,she is kind

Her dress covered every inch of her skin,
Her faces was clearly perfectly clean,
She hided her hair under a veil,
The appearance convinced that she was real

When she spoke,she spoke innocently,
When she laughed,she adored everybody,
When she moved,she glided oh - so gently.
When she stared,it melted all the eyes that see,


I said “My friend, teach me to be you”
She replied “Don’t said that to people you don’t know who”
Then she turned her face to the empty floor
Fill me with wonders but she didn’t said more

She attracted more from day to day,
Especially the bees that can’t seem to fly away,
I thought well nothing wrong there,
Then she started to reveal things I never aware,

I can see she started to open her cover,
All the things she’s been under,
She reckons people have splendid perception ,
She know people will never question,
As long as she did it in silent.

semua manusia ada kuku?


Sekarang ni ramai yang pakai cincin, tapi ikut suka dia je. sunnah nabi jarang nak ikut.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Maklumat Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang sahaja kita dapat pahala.

renungan bersama

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

Friday, February 5, 2010

Budaya di julang bangsa disanjung

Kembara suara penjuru hati diteruskan ke bumi adat pepatih iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus. Perjalanan yang bermula dari Tanjung Malim singgah sebentar di sekolah bonda seketika dan terus ke Seremban untuk menerus menjejak budaya Negeri Sembilan yang kini mula dilupakan oleh generasi kini. Pada awalnya suara penjuru hati ingin mengetahui mengenai budaya persembahan yang dikenali sebagai Randai yang merupakan satu tarian yang mempunyai unsur drama & teater di dalamnya. Penerangan yang diberikan oleh pegawai kesenian kebudayaan telah memperkenalkan pula Bongai juga merupakan budaya Negeri Sembilan yang tidak kurang popularnya di daerah Kuala Pilah dan dan daerah lain di Negeri Sembilan. Pada awalnya suara penjuru hati hanya melalui kawasan Taman Budaya dan Muzium Negeri ini sahaja tetapi kali ini masuk dan meneroka apa yang ada di dalam kedua-dua bangunan tersebut . Bangunan yang mempunyai pertalian yang kuat saling berkerjasama untuk meningkatkan kegunaan masing-masing untuk memperkenalkan Negeri Sembilan yang kaya dengan pelbagai adat ini. Dari pengamatan saya Taman Budaya Negeri Sembilan ini dapat memebantu generasi masa kini seperti SPH untuk mendekati lagi budaya yang masih segar didukung oleh penggiatnya dan pastinya budaya jika diamalkan akan menjadi lebih segar dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kajian mnegenai budaya ini akan diteruskan dan yang pasti banyak sejarah akan dibongkarkan oleh Suara Penjuru Hati selepas ini.

Tuesday, February 2, 2010

pelik tapi benar...

  • Rasa sebiji epal,bawang dan kentang sebenar hampir serupa. Perbezaannya rasa adalah disebabkan oleh bau buah. Buktinya cuba picit hidung dan gigit sedikit setiap buah tersebut. Rasanya pasti manis.
  • fakta menarik tentang seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh 5 kilometer darinya Kedua gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air dalam belalainya. Ketiga Seekor gajah boleh makan sehingga 225 kg rumput kering dan 225 kg liter air dalam sehari. Yang terakhir belalai gajah mengandungi lebih daripada 50000 otot. Satu lagi sebelum lupa sesetangah kampung di selatan menggelarkan gajah sebagai" orang kuat". Mereka risau kerana yang pasti bila gajah itu mendengar namanya mungkin kamapung itu kan diserang dengan dahsyatnya.
  • Sehelai bulu mata akan bertahan selama 5 bulan dan akhirnya ia akan gugur dengan sendirinya selepas itu
  • seekor burung helang boleh membunuh seekor anak rusa dan membawanya terbang.
  • Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sungai Missipi mengalir ke belakang

Monday, February 1, 2010

cerpen "Potret"


POTRET

Mohd Izwan Bin Mohd Ali

Pohon merendang bagaikan memberi satu tempat teduhan kepada sesiapa sahaja yang ingin berteduh di bawahnya. Di celah – celah dahannya terselit beberapa sarang burung yang telah mendiami dan menjadikan pohon terebut sebagai tempat yang selamat untuk dijadikan tempat tinggal. Daun – daun berguguran dari pohon tersebut apabila ditiup angin bagaikan hujan yang diturunkan oleh yang Maha Pencipta kepada kehidupan di seluruh muka bumi ini. Daun – daunnya melambai – lambai bagai memanggil sekalian umat bagi menghayati keindahan yang diperturunkan sejak zaman berzaman untuk umat – umat yang tahu bersyukur.

Masyarakat sedia tahu mengenai kecantikan Hana. Hana merupakan gadis yang cantik bukan sahaja dari paras rupa malah dari segi budi pekerti. Budi pekertinya cantik dan seindah rupanya. Dia tinggal di kota raya yang besar. Namun begitu, Hana tidak dapat meneruskan impiannya menyambung pelajarannya ke menara gading, tempat yang sering dia idamkan dan impikan selama ini disebabkan kemiskinan yang dihadapi oleh keluarganya. Akan tetapi, dia redha dengan ketentuan Ilahi. Kesempitan hidup dan tanggungjawab kepada keluarga mengajarnya erti kesabaran, ketabahan dan kecekalan. Hana mengambil upah bekerja di sebuah kedai dobi.

Dia melakukan kerja dengan baik sekali dan sering mendapat pujian bukan sahaja dari majikan malah dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kedai dobi tersebut. Kedai dobi tersebut banyak menerima baju dari syarikat permodelan yang terletak tidak jauh dari kedai dobi tersebut. Syarikat tersebut sering menghantar baju – baju yang dipakai oleh model selepas sesi fotografi. Hana mempunyai bakat semulajadi yang jarang ada pada orang lain. Dia boleh melukis potret dengan baik. Boleh berkhayal dengan baik malah adakalanya ke tahap yang melampau. Selepas waktu bekerja, Hana akan meluangkan masa ke taman untuk menenangkan fikiran serta melukis potret sambil menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Masyarakat sekeliling sudah memahami perilaku Hana.

Potret yang sering dilukis mengambarkan keindahan alam ciptaan Ilahi yang tiada tolok bandingnya. Di taman itulah, Hana mendapat ilham untuk melukis potretnya. Potretnya penuh dengan makna dan pengertian yang mendalam. Kicauan burung sentiasa menjadi peneman kepadanya dalam mencari sesuatu yang baru dalam lukisannya. Situasi keluarga dan kemelut yang melanda dirinya sentiasa menjadi Hana bertambah matang melayari kehidupan yang semakin hari, semakin mencabar.

Pada setiap hari, pihak syarikat akan menghantar baju – bajunya melalui wakilnya, Wan. Akan tetapi, pada hari itu, Wan yang sering kelihatan menghantar baju – baju untuk dbasuh tidak kelihatan. Baju – baju itu dihantar oleh Amir yang merupakan orang baru. Amir, merupakan seorang jurugambar yang baru sahaja dipindahkan ke syarikat itu. Amir terpaku dengan kecantikkan Hana. Biasalah, orang yang baru di kawasan itu, pasti akan terpegun dengan kecantikkan Hana. Bermula dari pertemuan itu, Amir menyimpan perasaan terhadap Hana. Dia kerap datang ke kedai dobi tersebut untuk menghantar baju – baju untuk dibasuh. Bak kata orang tua – tua, “menyelam sambil minum air”. Amir berkenalan dan perhubungan mereka bertambah rapat.

Amir merupakan seorang jejaka yang baik budi pekerti. Amir sering mengimpikan untuk menakluk dunia fotografi dengan segala kudrat yang ada. Ketabahan yang dimiliki membuatkan dia sering diperlukan dalam sesi fotografi. “Saya akan menjelajah bagi mendalami ilmu fotografi. Itu matlamat saya dan tiada apa yang boleh menghalangnya kecuali dengan kuasa yang Maha Esa.” Kata Amir yang penuh bersemangat kepada Hana. Hana hanya mampu tersenyum memerhatikan gelagat Amir yang cukup bersemangat dalam mengapai cita – citanya.

“Kalau niat awak baik, Tuhan akan selalu beada disisi hambanya. Sentiasa memberi cucuran rahmat dan jalan yang lurus kepada hambanya yang bertakwa.” Hana yang turut memberi semangat kepada Amir.

………………………………………………………………….

Dum!!... pintu ditolak dengan pantas, Amir berdiri di muka pintu dengan hembusan nafas yang tercunggap – cunggap. “Awak kena tolong saya pada hari ini”, Hana yang masih terkejut dan terpinga – pinga melihat gelagat Amir yang agak berlainan pada hari itu. “Kenapa dengan awak ni?. Ada masalah ke?” Hana yang segera menenangkan Amir yang masih tercunggap – cunggap. “Awak kena tolong saya, model yang sepatutnya datang untuk sesi fotogarafi telah jatuh sakit, tiada yang boleh menggantikan dia, saya minta awak untuk menggantikan tempat dia sementara.” kata Amir yang sekaligus membuatkan Hana terdiam. Apa tidaknya, seumur hidupnya, dia tidak pernah mengimpikan untuk menjadi model.

“Boleh ke saya menggantikan tempat model awak yang sakit itu, saya tiada pengalaman.” Kata Hana yang masih ragu – ragu dengan kebolehannya untuk menggantikan tempat model yang sakit itu.

“Tidak menjadi masalah, kami di sana sedia membantu. Awak cuma perlu bersetuju dengan pelawaan saya ini. Saya betul – betul berharap awak dapat menolong saya.” Kata Amir penuh dengan harapan sapaya Hana dapat membantunya. Hana kemudiannya meminta kebenaran keluar dari majikan, En Wong untuk membantu Amir menjalani sesi fotografi.

Setiba di sebuah lokasi, Amir memperkenalkan Hana kepada pengurus iaitu Puan Hamidah. Tanpa melengahkan masa, Amir menyuruh Hana mengenakan pakaian yang dikehendaki untuk sesi fotografi. Banyak gambar yang diambil oleh Amir dan kesemuanya menepati ciri – ciri yang dikehendaki oleh Puan Hamidah. Dari peristiwa itu, hubungan Hana dan Amir semakin intim malah semakin mesra hari demi hari. Mereka sering keluar bersama samada keluar untuk makan atau keluar ke taman bagi menemankan Hana melukis potret.

“Wah, cantik sungguh potret yang Hana lukiskan ini. Boleh kalau dibuatkan galeri seni lukis.” nada Amir yang sering memuji kehebatan Hana dalam melukis potret. “Eh, bukan cantik sangat pun, awak ni pandai jugak bergurau.” Kata Hana yang cukup merendah diri membalas pujian yang dilemparkan oleh Amir.

“Esok awak temankan saya, saya dah lama tidak balik kampung. Rindu pula kepada keluarga di kampung.” Kata Amir yang seakan memujuk Hana untuk turut serta bersama – sama dengannya pulang ke kampung. “Baiklah, awak pun dah datang rumah saya, berkenalan dan beramah mesra dengan keluarga saya. Sekarang, tiba giliran saya untuk berjumpa dengan keluarga awak.” Nada Hana yang bersetuju dengan pelawaan Amir.

Pada keesokkan harinya, Amir datang menjemput Hana di rumah yang terletak di Jalan Petaling, jalan yang terkenal dengan kesibukkan warga kota untuk melakukan aktiviti harian. Tidak mengira tua atau muda, lelaki dan perempuan, tidak mengira kaum, agama dan negara, membantu menambahkan kesesakan jalan raya tidak mengira waktu. Jalan – jalan raya diumpamakan kayu yang dijalari dengan ular. Ular – ular yang diyusuri setiap inci jalan. Pemandangan yang biasa di kota besar, kota metropolitan, kota yang mengandungi pelbagai ragam manusia,

Dum!!.. pintu kereta yang ditutup kuat bagi memastikan keselamatan terjamin. “Awak pakai tali pinggang keselamatan, jangan salahkan saya kalau apa – apa terjadi di belakang hari nanti.” Amir yang perihatin dengan keselamatan semasa memandu. Tidak salah menasihatkan agar panduan keselamatan dipatuhi walaupun kepada kekasihnya sendiri. “Baiklah En Amir.” Kata Hana sambil tersipu – sipu memahami perilaku Amir yang amat perihatin mengenai keselamatan. Perjalanan dimulakan dengan menyusuri kesesakan di ibu kota. Perkara yang sentiasa dilalui walaupun ada dikalangan warga kota yang tidak mengawal emosi menerima hakikat keadaan begitu.

……………………………………………………………………………………..

Mesin degupan jantung masih lagi menunjukkan hasil yang sama seperti biasa. Amir bernasib baik kerana terselamat dari nahas jalan raya yang hampir mergut nyawanya. Akan tetapi berlainan pula dengan situasi Hana. Hana masih dalam keadaan kecederaan parah dan telah sedarkan diri. Keadaan itu sangat melegakan Amir yang terselamat kerana tercampak keluar dari kenderaan dan hanya mengalami kecederaan ringan lalu dirawat sebagai pesakit luar,

“Sabarlah Amir, kita hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segalanya. Kami sudah cuba sedaya upaya dalam menyelamatkan Hana.” Kata Doktor Kamarul yang cuba menenangkan Amir dari mengalami sebarang tekanan.

“Satu perkara lagi yang ingin saya beritahu awak, Amir.” Doktor Kamarul yang ingin cuba untuk menerangkan keadaan sebenar. “Apa yang doktor ingin katakan kepada saya? Katakan saja doktor, jangan berselindung lagi dengan saya.” Jawab Amir yang penuh dengan persoalan dan penantian yang mendalam. “Begini, harap Amir tabah dengan apa yang ingin saya katakan ini, kecederaan muka yang dialami oleh Hana telah menyebabkan addomen kedua belah matanya rosak.” Terang doktor Kamarul dengan lebih lanjut. “Mata Hana tidak dapat diselamatkan lagi.”

Penjelasan Doktor Kamarul itu walaupun belum sampai ke penhujungnya tetapi sudah cukup membuatkan jantung Amir hampir – hampir terhenti. Amir tidak menyangka pelawaannya untuk pulang ke kampung menjadi satu igauan ngeri yang tidak pernah dibayangkannya. “doktor, izinkan saya berjumpa dengan Hana.” Amir yang meminta izin untuk berjumpa Hana. “Silakan, tetapi jangan terlalu lama ye. Mungkin boleh mengganggu emosinya” Doktor Kamarul yang memberi kebenaran kepada Amir.

Satu balutan kain anduh putih melilit di sekitar kawasan mata Hana. Bagi Hana, ini merupakan dunia gelap yang harus ditempuhi selama – lamanya. “Siapa, Amir, awak ke?” Tanya Hana yang tidak dapat melihat. “Hana, saya Amir, bagaimana dengan keadaan awak?” “Saya sihat, cuma saya sudah tidak melihat dunia luar yang indah. Dunia saya sekarang hanya dunia yang penuh dengan kegelapan.” Jawab Hana yang penuh dengan kehibaan. “Saya ada perkara yang ingin saya beritahu kepada awak. Perkara mustahak yang ingin saya katakan ini.” Amir yang ingin memulakan perbualan.

“Sampai disini sahaja perhubungan kita. Selepas ini, anggap kita tidak pernah berkenalan, berjumpa, atau apa sahaja.” Amir yang melontarkan kata – kata terakhir kepada Hana dan terus pergi tanpa mendengar kata – kata Hana terlebih dahalu. Amir meninggalkan Hana yang penuh dengan kehibaan dan kesedihan. Hana hanya mampu menangis teresak – esak mengenangkan nasibnya itu.

Sejurus selepas itu, Doktor Kamarul masuk ke kamar pesakit yang menempatkan Hana. “Hana, bersyukurlah awak kepada yang Maha Esa. Kami telah berjaya mendapatkan sepasang mata yang sesuai untuk awak.” Hana hanya mampu mendiamkan diri. Tiada apa yang boleh dibuatnya ketika itu. Dia berada dalam dunia kegelapan yang cukup hitam.

“Terima kasih doktor, saya faham doktor telah melakukan yang terbaik untuk saya. Saya redha dengan apa yang terjadi kepada saya. Saya tidak meminta musibah ini menimpa diri saya. Tetapi apakan daya, saya cuma manusia yang lemah untuk menidakkan qadak dan qadar ketentuan Ilahi.

……………………………………………………………………….

Selepas enan bulan menjalani pembedahan pemindahan mata, kehidupan Hana kembali sedia normal, sediakala. Dia mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain kerana baginya, kota raya itu banyak menyimpan kenangan terindahnya bersama Amir, jejaka yang pernah dicintainya. Hana berpindah ke kawasan yang masih belum mengalami pembangunan hebat seperti di Kuala Lumpur. Kawasan berkenan masih lagi menyimpan khazanah hutannya untuk hidupan – hidupan liar meneruskan zuriat dan jalur keturunan dari terus pupus disebabkan kerakusan manusia di mukla bumi ini.

Sebagaimana biasa, hari – hari yang lapang dimanfaatkan oleh Hana untuk pergi ke tasik bagi menenangkan fikiran sambil melukis potret. Kekerapan Hana pergi ke tasik itu membuatkan penduduk sekitar dan pengunjung mengenalinya. Sehingga ada anak – anak kecil yang bermain di sekitar tasik memanggilnya “kakak lukisan”. “Aduh, terlupa la, ada temujanji dengan Hayati petang ini, mengapa aku lupa ini,” berkata Hana seorang diri sambil memandang jam di tangan. Dengan keadaan yang kelam kabut, dia mengemaskan semua perkakas lukisannya untuk dibawa ke kenderaan Proton Myvi yang terletak tidak jauh dari kawasan melukisnya.

Dengan berlari – lari anak, Hana bergegas ke keretanya. Tanpa disedari, di persimpangan jalan, Hana telah terlanggar seorang buta yang sedang berjalan disitu. Perkakas lukisannya jatuh dan berselerak di laluan pejalan kaki. Melihat keadaan itu, Hana dengan segera meminta maaf, “Saya minta maaf encik, saya tidak perasan, saya minta ma…” suara Hana bagaikan tersekat di kerongkongnya apabila melihat wajah orang buta terbabit. Wajah yang amat dikenalinya, “tidak menjadi masalah, saya pun bersalah juga. Kalau tiada apa lagi, saya ingin pulang dulu.” Jawab pemuda buta itu. Hana tidak dapat berkata apa – apa sambil memerhatikan pemuda buta itu berlalu dan hilang dari pandangannya.

Pada keesokkan harinya, Hana bergegas ke hospital yang merawatnya semasa kemalangan dahulu untuk berjumpa dengan Doktor Kamarul. “Doktor, saya hendak tahu siapa yang sanggup mendermakan matanya kepada saya. Tolong saya doktor, saya perlu tahu perkara yang sebenarnya,” desak Hana untuk mengetahui perkara yang menjadi rahsia di minda Doktor Kamarul..

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beritahu perkara sebenarnya kepada awak. Tiada gunanya saya sembunyikan perkara ini dari pengetahuan awak.’ Jawab Doktor Kamarul kepada Hana. Mata yang awak gunakan sekarang ini merupakan pemberian daripada orang yang sangat awak kenal. Beliau memberikan mata itu bagi menebus kesilapan yang telah menyebabkan mata awak rosak. Agak sukar untuk saya jelas disini. Beliau memaksa saya untuk melakukan pembedahan segera bagi menukarkan mata awak dengan matanya. Saya harap awak tabah apabila mendengar nama orang yang telah mendermakan matanya kepada awak. Orang yang sanggup mendermakan matanya kepada ialah Encik……”

…………………………………………………………………………..

Setelah mendengar penjelasan dari Doktor Kamarul di pejabat, Hana berjalan lesu menuju ke keretanya. Dia tidak menyangka perkara ini terjadi kepada dirinya. Hana membuka pintu, menghidupkan enjin keretanya, dan memacu ke suatu tempat sering dilawatinya dahulu.

Pada bangku batu yang selalu menjadi penemannya mencorak potret ketika dahulu, sambil memandang pemandangan matahari terbenam di ufuk kota, Hana menangis. Pada pangkunya terdapat satu potret yang dilukisnya. Potret itu mengandungi lukisan dia dan Amir, jejaka yang dicintainya dahulu. Hana tidak menyangka orang yang mendermakan mata kepadanya ialah Amir. Pemuda buta yang dilanggar secara tidak sengaja itu ialah Amir. Pada ketika pembedahan pemindahan mata dijalankan, dia merasakan ada seseorang yang memegang tangannya. Dia yakin yang memegang tangannya pada ketika itu ialah Amir. Hana amat sedih dan terharu dengan pergorbanan yang dilakukan Amir terhadapnya. Tanpa disedari, air mata yang membasahi pipinya mengalir deras menitis ke atas potretnya.

TAMAT

Sunday, January 31, 2010

kadang-kadang perlu direnungkan.



Suara penjuru hati ingin bercerita atau berceloteh tentang ramai orang Malaysia kini ingin berkahwin.. kahwin dengan siapa? semua mahu kahwin bukan. tapi ada sesetengah yang mungkin tidak berkahwin kerana ada sebab dan alasan tertentu. itu punya kes susah nak selidik kerana ada sebab yang kadang-kadang susah nak ditafsir. Maklumlah semua manusia ada citarasa dan kehendak masing-masing. Agensi cari jodoh pun sukar nak tolong jika ada yang tidak mahu menerangkan citarasa yang sangat sempurna itu. tapi kita balik kepada isu suara penjuru hati ingin ceritakan tentang kes ramai yang ingin kahwin dengan ahli politik. Golongan mana? ini susah nak dijawab. Nanti ada yang tersinggung. Sebenarnya ahli politik sekarang sudah menjadi budaya ,trend masa kini berkahwin dengan golongan ini. Bukan apa kita ingin membicarakan tentang cinta yang sebegini rupa kerana adanya kata-kat ataupun cakap-cakap orang kenapa golongan jenis ini memilih ahli politik yang lebih berusia dan tidak seumur dengan mereka. Kebanyakkan golongan ini apabila sudah berkahwin dengan ahli politik mahupun golonngan elit ini ramai la yang akan mengatakan untunglah... tapi dalam hati mungkin akan berkata bgeini tumpang senang bila dapat suami yang kaya... tapi istilah cinta antara sua darjat tidak boleh digunakan kini. Cerita P.Ramlee pun tidak boleh guna sekarang. macam-macam sekarang. Dunia dah maju zaman pun dah berubah. Katak pun tak duduk bawah tempurung. Mungkin dah bawah Tuppaware kadang-kadang makcik-makcik guna tipuware murah dan mudah ditinggalkan kat rumah jiran-jiran. Ini adalah satu lagi kemajuan dalam dunia yang perlu kita lihat dari segi perkahwinan. Mungkin pelbagai lagi yang akan berubah dan mungkin semua orang Malaysia tidak akan percaya perkara tersebut.












Berilah peluang mereka untuk keluar dari penjuru sepi
yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
fikirkanlah








Setiap manusia mempunyai hati dan perlukan kasih sayang. Jangan biarkan hati yang dikurniakan tuhan terus kosong dan tidak mampu memberikan senyuman.

suara penjuru hati?

penjuru juga dianggap satu sudut yang membuatkan kita lupa adanya ruang ciptaan tuhan itu. Penjuru banyak memberi erti yang mendalam bagi yang amat memahami. Kita selalu mengingati ruang yang sangat luas dan besar serta masih lagi melupakan penjuru yang ada. Perlu diingati ruang kecil yang memberikan kita harapan dan penjuru itu salah satunya. Jangan kerana sudah selesa di ruang besar hidup ini lupa dari penjuru kita mula melupakan saat manis,pahit, marah, sedih, di penjuru itu. Kita semua yang bernyawa memerlukan ruang atau penjuru masa. Jangan terlupa setiap saat yang berlalu kerana di setiap kenangan manusia perlu memikirkan dengan penuh kritis dan penelitian yang mendalam